Harga Naik! Solusi?

Tips Bijak Menghadapi Kenaikan Harga Barang Mentah di Malaysia Sekarang, harga barang mentah di Malaysia sedang naik. Jadi, rakyat perlu pandai-pandai menguruskan belanjaan. Berikut adalah beberapa tips mudah untuk mengatasi masalah ini: Dengan mengamalkan tips-tips ini, anda boleh mengatasi kenaikan harga barang mentah dengan lebih baik. Ingat, setiap langkah kecil membantu dalam menguruskan kewangan anda!

Kereta Terkunci, 2 Jam Sebelum Majlis Nikah!!!

Hari tu, saya pergi beli barang dekat kedai di Bandar Teluk Intan. Ingat nak tinggalkan kereta sekejap je, sebab memang rasa sekejap je nak ambil barang. Tak sampai 20 langkah! Tapi, bila saya nak balik, haish… terkunci la pulak pintu kereta, enjin masih running. Semua tauke kedai-kedai datang dekat saya tanya apa berlaku. Saya tengah nak pickup barang dan tak sangka la pulak kereta akan lock dengan sendirinya. Aduiiiiiiii! Hanya tinggal 2 jam lagi sebelum majlis nikah adik ipar bermula. Fuh, nasib baik saya berjaya telefon locksmith. Tapi dia nak cas RM70. Rasa macam nak je on jer services dia, tapi tiba-tiba ada brother sorang ni datang. Brother ni cuba tolong bukak selak dari luar, tapi tak berjaya sebab ada benda yang block trigger lock. Dia bawak saya ke kedai kunci yang berdekatan, nama dia KUNCI LEE di Bandar Teluk Intan. Anak tauke tu cakap nak cas RM80, tapi lepas brother ni sembang-sembang, harga jadi RM60. Kami tunggu dekat kereta sambil tunggu locksmith. Brother ni balik dulu, saya ucapkan terima kasih dan ambil no telefon dia, siapa tahu ada apa-apa boleh contact balik. Lagipun, dia nak ambil anak dia dekat sekolah. Bila locksmith sampai, tak sampai 5 minit, pintu terbuka. Lega gila! Saya bayar dia, terus dia pun balik. Tapi, saya ingat jugak pegajaran dari pengalaman ni. Brother tadi sembang dengan saya dalam kereta. Dia kata pendapat dia sama dengan tauke kedai tadi dan tauke kedai jiran tadi. Semua kata, “nanti you kene buat anak kunci satu, simpan dalam wallet. Kalau kunci tinggal dalam, you masih ada anak kunci untuk bukak.” Jadi, sekarang saya memang bawak anak kunci dalam wallet. InsyaAllah, harap-harap perkara macam ni takkan berulang lagi. Saya taknak terkunci luar kereta lagi. Huh!

Nak Kenduri, Tapi Harga Beras?

Hai guys, saya macam nak share pemerhatian saya semenjak dua menjak ni.Sehabis PKP semua ni macam rasa seronok jer nak pergi kenduri kan? kadang-kadang untuk satu jemputan sampai 3-4 orang yang hadir. Jadi tak hairanlah kalau sampai pihak katering nowdays akan guna formula 1 jemputan dikira 3 pax. Hari-hari ini, kita tidak dapat mengabaikan kenyataan bahawa harga beras di pasaran telah meningkat dengan ketara. Kenaikan ini jelas memberikan impak besar kepada pelbagai sektor termasuk industri katering tempatan. Apakah yang berlaku apabila komoditi asas seperti beras mengalami kenaikan harga yang ketara? Kita try tgk balik dari sudut yang lebih jelas, terutamanya bagi peniaga kecil seperti penjual nasi lemak, kedai makan berlauk, kedai tomyam jenis nasi gorang bagai, dan pihak katering. harga nasi lemak siap lengkap pown sekarang mungkin dalam RM 5 ringgit tak mustahil akan naik lebih lagi selepasni. bukan kita sahaja yang pening nak fikir makan mana, peniaga pown turut pening dalam merancang strategi harga yang baru. Jadi macam mana nak tanggani masalah kenaikkan harga beras? kenaikkan harga beras kali ini bole naik sehingga 36% selari dengan pengumuman Padiberas Nssional Bhd (Bernas). kesan ini berpunca daripada banyak faktor, dari segi nilai pertukaran mata wang(jelas sekarang memang ketara harga ringgit yang jatuh merundum), serta terdapat juga larangan eksport beras oleh india, kenaikkan kos operasi dan konflik rantau.