Hai guys, saya macam nak share pemerhatian saya semenjak dua menjak ni.Sehabis PKP semua ni macam rasa seronok jer nak pergi kenduri kan? kadang-kadang untuk satu jemputan sampai 3-4 orang yang hadir. Jadi tak hairanlah kalau sampai pihak katering nowdays akan guna formula 1 jemputan dikira 3 pax. Hari-hari ini, kita tidak dapat mengabaikan kenyataan bahawa harga beras di pasaran telah meningkat dengan ketara. Kenaikan ini jelas memberikan impak besar kepada pelbagai sektor termasuk industri katering tempatan. Apakah yang berlaku apabila komoditi asas seperti beras mengalami kenaikan harga yang ketara? Kita try tgk balik dari sudut yang lebih jelas, terutamanya bagi peniaga kecil seperti penjual nasi lemak, kedai makan berlauk, kedai tomyam jenis nasi gorang bagai, dan pihak katering. harga nasi lemak siap lengkap pown sekarang mungkin dalam RM 5 ringgit tak mustahil akan naik lebih lagi selepasni. bukan kita sahaja yang pening nak fikir makan mana, peniaga pown turut pening dalam merancang strategi harga yang baru. Jadi macam mana nak tanggani masalah kenaikkan harga beras? kenaikkan harga beras kali ini bole naik sehingga 36% selari dengan pengumuman Padiberas Nssional Bhd (Bernas). kesan ini berpunca daripada banyak faktor, dari segi nilai pertukaran mata wang(jelas sekarang memang ketara harga ringgit yang jatuh merundum), serta terdapat juga larangan eksport beras oleh india, kenaikkan kos operasi dan konflik rantau.